07 September 2006

Contoh Teks Pidato dan LAPORAN

Permulaan

Tuan pengerusi majis yang saya muliakan lagi saya hormati, guru-guru yang saya sayangi, para pengadil yang bijaksana, dan hadirin hadirat yang saya muliakan. Tajuk pidato saya hari ini ialah
“Buku Pelita Hati”

Isi-isi

Para hadirin sekalian,

Apakah yang anda faham tentang tajuk pidato saya hari ini? Buku ialah alat komunikasi sama seperti akhbar, radio dan televisyen. Di dalam buku ada ilmu dan pengetahuan. Pengetahuan ini dapat menambahkan ilmu insan yang membaca buku tadi. Apabila insan telah berilmu maka ia semacam sudah terpancar cahaya penyuluh kehidupan pada hari mukanya. Jadi, ia tidaklah akan teraba-raba
seperti seorang buta yang kehilangan tongkat. Insan yang menjadikan buku sebagai penyuluh dan pelita hatinya dapat membuat wawasan yang jelas terhadap masa depannya.

Hadirin sekalian,

Kejayaan hidup pada zaman sekarang tidak lagi bergantung semata-mata kepada pengalaman sahaja. Kalau kita hendak bekerja sendiri pun kita memerlukan ilmu pengetahuan. Katakan kita berniaga, selok-belok berniaga sudah semakin canggih sekarang, bukan macam dulu. Kalau kita pergi ke kedai buku kita akan dapati banyak buku-buku yang mengajar kita cara-cara berniaga. Kalau kita hendak jadi jutawan pula, banyak juga buku-buku yang memberikan tips menjadi jutawan. Sebab itulah buku dikatakan sebagai pelita hati, penyuluh kehidupan, ke arah kebahagiaan dan kesenangan.

Para hadirin sekalian,

Saya berasal dari keluarga miskin dan tinggal di kampung. Rumah kami tidak ada bekalan elektrik. Kami menggunakan perigi dan sungai untuk keperluan harian. Bayangkan dalam persekitaran yang begitu mengecewakan bagaimanakh orang seperti saya ini mengecapi kehidupan yang lebih baik? Kesemuanya kerana ketekunan kegigihan saya untuk belajar. Dengan kata-kata lain, buku menyerlahkan keinsafan dan kesedaran pada diri saya untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Dengan kata-kata yang lebih tegas, buku pelita hati dapat mengangkat darjat dan martabat seorang insan.


Penutup

Sesungguhnya benarlah “Buku Pelita Hati”. Buku menerangi hati dan sanubari insan menuju cahaya kebenaran dan menolak kebatilan. Kalau sudah begitu makacubalah mendekati buku. Sekurang-kurangnya bacalah satu bab sehari. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Ikuti resmi ini dalam pendekatan kita terhadap buku, bakal menerangi pintu hati kelopak rasa. Saya sudahi dengan assalamualaikan. Terima kasih.



Laporan Tahunan Persatuan St. John Abulance Cadet No. 47

03.07.2006

Cadet No. 47 Combined Division St. John Ambulance SMK Sungai Tapang dianggotai oleh 120 orang ahli lama dan baru dari sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun ini, persatuan ini beroperasi dalam kumpulan di bawah bimbingan 6 orang guru penasihat. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua kumpulan dan dibantu oleh AJK lain.

Perjumpaan persatuan ini biasanya diadakan pada hari Sabtu dari pukul 7.00 pagi hingga 9.15 pagi. Setia kali perjumpaan, aktiviti persatuan ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi latihan kawad kaki dan sesi pembelajaran pengetahuan pertolongan cemas. Sesi pembelajaran pengetahuan pertolongan cemas ini bertujuan untuk menyediakan ahli-ahli untuk mengikuti kursus dan ujian pertolongan cemas di Ibu Pejabat St. John Ambulace. Setakat ini, persatuan ini mempunyai 46 orang ahli yang lulus ujian Pertolongan Cemas.

Sepanjang tahun 1999, persatuan ini telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti tahunan. Antara aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan ialah :
Latihan dan pertandingan kawad kaki pada hari Sukan Sekolah dan anjuran PBSM
Bertugas semasa Hari Sukan Sekolah
Mengikuti kursus Pertolongan Cemas anjuran Ibu Pejabat St. John Ambulance
Mengikuti kursus
Perkhemahan anjuran bersama dengan PBSM
Annual Inspection ke-3
Flag day
Menyertai Annual Inspection dan aktiviti lain anjuran division lain.

Selain itu, ahli Pertolongan Cemas persatuan ini juga bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat untuk memberi perkhidmatan pertolongan cemas di luar sekolah.


Akhir kata, saya mewakili semua ahli persatuan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak Ibu Pejabat St. John Ambulance dan guru-guru penasihat di atas sokongan dan bimbingan yang diberikan.


Yang menjalankan tugas,

Ong Cheng Ting

Setiauasaha,
Persatuan St. John Ambulance

0 Comments:

Post a Comment

<< Home