LAGI 25 KES MUAT TURUN MUZIK SECARA HARAM
TINDAKAN penguatkuasaan ke atas pengguna Internet yang memuatturunkan muzik secara haram berterusan kelmarin, dengan 25 lagi kes perkongsian fail muzik digital dikesan dan dilaporkan kepada polis.
Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Industri Rakaman Singapura (Rias), Encik Edward Neubronner, berkata Rias telah menghantar peringatan dalam talian kepada pengguna agar berhenti memuatturunkan atau berkongsi bahan muzik.
'Kami telah melakukan apa yang terdaya. Ini perkara terakhir yang boleh kami lakukan,' katanya yang ditukil oleh akhbar The Straits Times semalam.
Di bawah Akta Hak Cipta, sesiapa yang memuat turun, mengedar atau mengongsi muzik yang dilindungi hak cipta boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan denda hingga $20,000.
Jel dua tahun kerana bunuh rakan
SEORANG ayah tiga anak dihukum penjara dua tahun selepas terlepas daripada satu tuduhan membunuh salah seorang rakannya.
Tham Ah Yuen, 54 tahun, asalnya dikenakan tuduhan membunuh selepas menumbuk rakannya, Encik Ho Jee Lock, 63 tahun, yang kemudian mati akibat kecederaannya.
Insiden itu berlaku di sebuah kedai kopi di kolong Blok 63, Kallang Bahru, pada 21 Mei lalu.
Tham mengaku menyebabkan kecederaan serius kepada Ho selepas tuduhan membunuh diringankan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home