22 October 2006

petua-petua.. lol

INGAT-INGAT SEMASA MENZIARAH SAUDARA-MARA
MEMANG sudah menjadi lumrah lebaran, kita kadangkala terlalu berseronok semasa ziarah-menziarahi sehinggakan terlupa makna sebenar kita berbuat demikian - untuk memper eratkan silaturahin.
Ada yang bertandang ke rumah saudara-mara walaupun telah larut malam.
Maklumlah, alang-alang menyewa kereta, lebih baik 'rounding' sekeliling Singapura. Apakah etika 'tidak rasmi' menziarahi saudara-mara pada Hari Raya? Berikut ialah beberapa pandangan masyarakat Internet.
Tetamu lewat malam
Jika anda menyewa kereta atau bas sekalipun, jangan bersikap 'kiasu' dan cuba menziarah semua saudara-mara dalam satu atau dua hari sahaja. Memang benar, ada tuan rumah yang rela menyambut tetamu selepas 12 tengah malam, namun ramai yang ingin tidur pada waktu itu.
Tetamu yang tak balik-balik
Air sudah ditambah dua tiga kali. Kuih makmur juga telah luak benar. Namun tetamu masih belum nak pulang. Jika dihalau takut tersinggung, tetapi apabila disindir dengan lembut, tak bergerak pula.
Bila hendak balik ni?
Tetamu lima minit
Tetamu jenis ini pula asyik melihat jam sahaja. Katanya banyak tempat hendak dituju. Namun, punca sebenarnya ialah beliau tidak mengoyak kupon meletak kereta atau hanya singgah di rumah anda kerana hendak menggunakan tandas sahaja.
Tetamu yang 'menyerbu' beramai-ramai
Kasihan tuan rumah yang tidak cukup tangan untuk melayan tetamu jika anda me nyerbu sesebuah rumah sehingga berpuluh-puluh orang ramainya.
Jika rumah itu besar, tidak menimbulkan terlalu banyak masalah. Akan tetapi bayangkan rombongan bas yang ingin menyelit masuk ke dalam sebuah rumah flat tiga bilik. Macam sardin dibuatnya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home